Wednesday, December 31, 2014

Bayu Balau Beach Resort

27-28 Dec 2014


Bayu Balau Beach Resort. Juga di kenali dengan nama Chalet Kampung Nelayan Tanjung Balau, 7km dari Desaru. Lokasi pilihan saya untuk family. Aktiviti barbeque.

Pada yang tiada idea nak kemana tu, sangap aje kat jb, boleh lah lepak2 kat chalet Balau Resort. Hanya 45 minit perjalanan. Tak jauh kan. Untuk tempahan boleh hubungi 013-723 1330.









sesampai terus register untuk ambil kunci.
 
 
Check in jam 3pm.
 
 
Rate sebuah chalet rm160 satu malam, kelengkapan 2 single bed, aircond, tv, kipas siling, water heater. Deposit tambahan RM50 dan akan dikembalikan semasa check out.

Keadaan chalet agak lama. tak banyak maintenance yang di buat. Pili air bocor, remote control hilang, satu remote kongsi 3 chalet. Kalau minta reception memang sampai check out dia tak respond. Toilet bagus ada water heater dan luas. Water pressure normal.


Sewaktu register boleh minta terus barbeque set untuk hantar ke chalet. Oleh kerana cuaca agak redup dan mendung, kami minta set barbeque di hantar pada pukul 4pm. Nak mula cepat, habis cepat, malam boleh relax. Tak pasal hujan habis la ana punya program kannn.

 
Caj untuk satu set barbeque ialah RM100 iaitu tempat bakar, satu bag arang dan sumbu untuk menyalakan api.
 
 
Kalau berhajat nak bawa tempat bakar sendiri, permission barbeque kena bayar RM50 sahaja.
 

 
 
 
Tuuu diaaaa.. berselfie bersama GOPROHERO ambe...
we'fie dari anak dan kawan, mak dan adik2.
 
 



Alhamdulillah, mak sangat baik hati bekalkan kami mee goreng. Memang sengaja belum isi perut dari tengahari tadi.
 
 

 
 
 
cuaca agak redup, banyak awan, tak mahu lengah2 terus bakar arang dan bakar segala bagai makanan.
 
 
satu perkara yang harus anda tahu, Chalet ni terlalu banyak lalat, habis semua jurus keluar berpencak silat nak halau lalat.
 
 
nampak best tak?
 
 
seronok sangat
 
 

 
 
 
Chalet complimentary; pengurusan akan beri free admission swimming pool balau resort
 
anak anak boleh lah terjun mandi manda.
 
Parent jangan leka tau, kalau boleh ada orang dewasa yang temankan
 
takut juga kalau anak anak ada yang tak pandai berenang,
 
menyesal kemudian tak berguna





 
 
 
bersiar di sekitar pantai
 
 

 
 
alhamdulillah, mak dan adik2 gembira
 

 
 
suasana yang tenang dan damai di waktu pagi, desiran pantai memecah keheningan.
 
tengok laut pun dapat pahala tau











merenung jauh
 
mungkin dah bertahun baru hari ini dapat melihat laut, maaf mak anak anak terlalu leka dengan kesibukan dunia.
 
 









Pagi2 masak nasi lemak, kena bawa periuk nasi electric.

Sambal kita masak siap2 dari rumah.

+++++++
 
JoM kita bersarapan di laman chalet

yum yum.. nasi lemak masakan mak sangat sedap. 

Bonda terlupa bawa garam. No garam no sedap.

Tapi kami belasah sampai habis licin periuk.
 





Habiskan waktu pagi bersiar di tepi pantai

Bendera merah amaran tidak dibenarkan mandi laut.

Angin kuat dan ombak tinggi.
 


 
 Satu percutian yang santai. Semua happy.

 
 
Alhamdulillah syukur, allah izinkan kami berehat di sini.
cuaca pun sangat baik.
Terima kasih Allah
 
***********************
 
 
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
 
selamat tahun baru 2015 kepada semua
 

No comments:

Post a Comment