Wednesday, December 31, 2014

 

Tahun 2014,


banyak cerita suka dan duka. MH370, MH17, QZ8501. Banjir bersar di pantai timur. Dan ketika saya menulis blog ini, banjir di pantai timur masih belum surut. Hanya beberapa tempat saja yang di benarkan pulang, amat menyedihkan yang tinggal hanyalah tapak rumah,  banjir ini telah menghanyutkan rumah-rumah dan harta benda. Bagaikan tsunami.

Saudara saudara satu negara giat mengumpul bantuan. Semoga barang yg di kumpulkan telah di sampaikan kepada mangsa2 terlibat dan dapat meringankan kesusahan mereka. InsyaAllah.

Semoga Allah lindungi kita dari segala musibah, Aaminn.

 
 
Goodbye 2014

 
 So long 2014, Farewell

to every passerbye
 
 
 
Hello 2015

 to 2015, I hope the sun shines

and enjoy a wonderful life
 






#prayforpantaitimur
 #prayformh370
#PRAYFORMH370

 
Bayu Balau Beach Resort

27-28 Dec 2014


Bayu Balau Beach Resort. Juga di kenali dengan nama Chalet Kampung Nelayan Tanjung Balau, 7km dari Desaru. Lokasi pilihan saya untuk family. Aktiviti barbeque.

Pada yang tiada idea nak kemana tu, sangap aje kat jb, boleh lah lepak2 kat chalet Balau Resort. Hanya 45 minit perjalanan. Tak jauh kan. Untuk tempahan boleh hubungi 013-723 1330.









sesampai terus register untuk ambil kunci.
 
 
Check in jam 3pm.
 
 
Rate sebuah chalet rm160 satu malam, kelengkapan 2 single bed, aircond, tv, kipas siling, water heater. Deposit tambahan RM50 dan akan dikembalikan semasa check out.

Keadaan chalet agak lama. tak banyak maintenance yang di buat. Pili air bocor, remote control hilang, satu remote kongsi 3 chalet. Kalau minta reception memang sampai check out dia tak respond. Toilet bagus ada water heater dan luas. Water pressure normal.


Sewaktu register boleh minta terus barbeque set untuk hantar ke chalet. Oleh kerana cuaca agak redup dan mendung, kami minta set barbeque di hantar pada pukul 4pm. Nak mula cepat, habis cepat, malam boleh relax. Tak pasal hujan habis la ana punya program kannn.

 
Caj untuk satu set barbeque ialah RM100 iaitu tempat bakar, satu bag arang dan sumbu untuk menyalakan api.
 
 
Kalau berhajat nak bawa tempat bakar sendiri, permission barbeque kena bayar RM50 sahaja.
 

 
 
 
Tuuu diaaaa.. berselfie bersama GOPROHERO ambe...
we'fie dari anak dan kawan, mak dan adik2.
 
 



Alhamdulillah, mak sangat baik hati bekalkan kami mee goreng. Memang sengaja belum isi perut dari tengahari tadi.
 
 

 
 
 
cuaca agak redup, banyak awan, tak mahu lengah2 terus bakar arang dan bakar segala bagai makanan.
 
 
satu perkara yang harus anda tahu, Chalet ni terlalu banyak lalat, habis semua jurus keluar berpencak silat nak halau lalat.
 
 
nampak best tak?
 
 
seronok sangat
 
 

 
 
 
Chalet complimentary; pengurusan akan beri free admission swimming pool balau resort
 
anak anak boleh lah terjun mandi manda.
 
Parent jangan leka tau, kalau boleh ada orang dewasa yang temankan
 
takut juga kalau anak anak ada yang tak pandai berenang,
 
menyesal kemudian tak berguna





 
 
 
bersiar di sekitar pantai
 
 

 
 
alhamdulillah, mak dan adik2 gembira
 

 
 
suasana yang tenang dan damai di waktu pagi, desiran pantai memecah keheningan.
 
tengok laut pun dapat pahala tau











merenung jauh
 
mungkin dah bertahun baru hari ini dapat melihat laut, maaf mak anak anak terlalu leka dengan kesibukan dunia.
 
 









Pagi2 masak nasi lemak, kena bawa periuk nasi electric.

Sambal kita masak siap2 dari rumah.

+++++++
 
JoM kita bersarapan di laman chalet

yum yum.. nasi lemak masakan mak sangat sedap. 

Bonda terlupa bawa garam. No garam no sedap.

Tapi kami belasah sampai habis licin periuk.
 





Habiskan waktu pagi bersiar di tepi pantai

Bendera merah amaran tidak dibenarkan mandi laut.

Angin kuat dan ombak tinggi.
 


 
 Satu percutian yang santai. Semua happy.

 
 
Alhamdulillah syukur, allah izinkan kami berehat di sini.
cuaca pun sangat baik.
Terima kasih Allah
 
***********************
 
 
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
 
selamat tahun baru 2015 kepada semua
 

Friday, November 14, 2014

Pulau Manukan, Kota Kinabalu Sabah.


Cuti Deepavali lepas kami ke Manukan, Kota Kinabalu, Sabah. Perancangan last minutes, my 1st daughter belajar di UMS Labuan bercadang untuk habiskan mid-sem di pulau. Saya pon join sekali. Ambil flight dari Senai Airport direct ke Kota Kinabalu. Uols kena selalu update promo flight AirAsia. Biasanya harga promo minggu ke 2 & 3 tiap bulan. Pada masa ni harga memang murah. Berbanding dgn minggu 1 & 2.

21 Oct ~ 23 Oct 2014.


Group my daughter dah sampai ke KK pada 20 Oct petang, flight kami pada 21 Oct tengahari. Group mereka ramai dalam 6 orang, dapat lah share harga boat untuk ke Manukan dan berlepas ke pulau se awal 7am. Waktu siang di Sabah & Sarawak cepat tau, matahari timbul awal 1 jam dari Semenanjung.

Contoh:
Subuh di Semenanjung    5.45 am
Subuh di Sabah                4.45am

Syuruk di Semenanjung  7.05am
Syuruk di Sabah              6.05am

So, kalau uols belum pernah sampai di Sabah, jangan nak ikut waktu Semenanjung pulak, ada yang ter lajakkk laris subuh, tau2 celik mata dah terang benderang.


Sampai KK dalam jam 10am, terus ke Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu. Naik bot dari terminal ferri untuk ke Labuan, Miri atau mana2 pulau berdekatan.

Ticket ke Manukan RM30 seorang. uols boleh purchase dari mana2 kaunter terminal. If berminat untuk diving pon boleh book dari jetty jesselton point.



 


Boat ke pulau2 berdekatan boleh di naiki maximum seramai 12 orang. Perjalanan dari jeti ke pulau manukan mengambil masa selama 15-20 minit.

Alhamdulillah, ketika saya ke sana, cuaca sangat cerah dan baik.

Naik bot jangan lupa life jacket..!!

yiahuuu.. happy nak jimba2

 
 
suami tak ikut .. muka ata sunyum
 
hati berbunga2 sambil posing...nampakkkkk
 
 
 nasib saya bukan jenis mabuk laut. hebat kan?
 
 
 
on the way.. on the way
 
love at first sight
excited 


 
okay dah sampai


sejurus anda sampai di pulau manukan, kena turun di satu2nya jetty yang ada di situ.

dari sini pun dah boleh lihat air laut yang jernih, boleh nampak bermacam jenis dan warna ikan.


 
tengok tu...  cantek kan
 
 
tantek tangat.. hehee
 


untuk masuk ke pulau ni, kena bayar tiket RM3. Snorkling google dan life jacket RM20. Kena expect benda2 lain pun berbayar. nasib toilet dia free.


 
 
ter nampak biawak sedang bersantai depan kami... tak lari, maybe dah biasa dengan pengunjung.. 

 
'SELAMAT DATANG..!'

partime baywatch ler ni ..hehee




anak2 dara da sampai dari awal pagi dari Labuan. Sesampainya kami berdua, diorang dah half way snorkling. okay, not to waste my time, terus salin pakaian




 
satu benda yang sangat penting tapi terlupa nak bawa
 
waterproof handphone cover
 
hampeh
 
kalau tak boleh selfie in the water


iols dah lama tak turun air. swimming pool atau laut.. so lupa cara2 nak bernafas masa berenang.. panik tak memasal.. haha.. life jacket tu buat saya terbalik2 dan terapung2 tanpa kawalan.

snorkling yang GAGAL..!
 



 
give up.. akhirnya ke tepian pantai 
 
 
dah puas berenang tengok ikan.. masa untuk pulang.. boat terakhir pada jam 4pm. so uols jangan lambat2 nanti tertinggal terkulat2 nak balik. sapa nak tolong.





menyelit kejap...mak dara di antara si dara




Pasar Filipin 
 
kalau sampai kota kinabalu mesti ke pasar filipine ..kan kan kan..??
macam biasa mak dara kena lah belanja si dara2 ni suma makan..
maklum lah depa ni student 
 
ikan bakar, udang, sotong, ikan kering, udang kering, macam2 rempah ratus suma ada.. murah2

ikan bilis RM18@sekilo
udang kering RM24@sekilo
ikan kering terubok RM18@seekor

lebih kurang harga yg dijual

gerai ikan kering dan udang kering agak ke dalam sedikit dari pasar ikan bakar ni...jangan beli di kawasan sayur ia agak mahal.



gerai ikan bakar sangat banyak, uols kena pandai pilih harga dan kesegaran ikan tu.
 



kebuluq tunggu makan
 





ramai pesan jalan lupa cuba ulam rumpai laut.. cekonon saja nak try makan.. nampak kan mcm biji2 kecil seperti telur ikan.bila dalam mulut dia meletus mcm telur ikan.. boleh tahan rasanya.. sepiring juga lah kami balun.
 
 
 

lepas makan ni, keesokkan harinya, kami ber tiga sakit perut yang teramat memulas sehingga berebut2 mengambil giliran ke toilet.
kena cherry berry sampai pucat lesi muka
demam terus..!!

nanti balik semenanjung nak cari orang yg rekemen suruh makan rumpai ni.. haih.. boleh kurus sbb asik yak yak aje.


22 Oct, 2014

kawan2 remaja ready nak balik kampus di Labuan. Lepak breakfast dulu di kedai mamak. Mahal makanan di sini. Sepinggan kuey tiaw RM6.50.

 


Kami kembali ke Jetty Jesselton Point, Waterfront Kota Kinabalu






okay anakku... kita berpisah disini... depa nak balik UMS, Labuan



 
We also ready to fly home.
 
 
 
Saya akui, Malaysia memang cantek.
 
 
MALAYSIA TRULY ASIA





2 orang muka tengah tahan cretttt... cherry berry..
 
 
 




sekian.. terima kasih.. tataaaaa