23 Oktober 2012, Selasa
Alhamdulillah tahun 2012 dapat pergi ke Colombo, Sri Lanka. Trip kali ini dalam bulan Oktober minggu ketiga 23-28 October , Hari Raya Haji jatuh pada 26 Oktober, bermakna tak dapat sambut raya haji bersama anak2.
kami depart dari Changi Airport, Singapore jam 3.30pm. Penerbangan dianggarkan selama 3 1/2 jam.
seronok berada di awan biru lagi
ETA 5.30pm SriLankan.
jam 10.30pm baru dapat check-in
Galadari Hotel, Colombo.. romantik...seaview
Galadari hotel is just beside parliment building
24 Oktober 2012, Rabu
cuaca hujan sepanjang hari.. sangat lebat.. takut..teringat peristiwa tsunami 2004
oleh kerana kami tak keluar atas sebab cuaca, makan di hotel saja..
this is my dinner.. whoaaaa... the best place for seafood.. this portion cost only RM54, lobster..penuh kolestrol
bismillah
layan movie je ... X-men --->>>owh Hugh Jackman..myyy heroooo...! lalalala
kebetulan ada tradisional wedding di hotel malam itu.. dapat tengok adat resam SriLanka bagaimana pengantin di arak dari lobby hingga ke dewan
25 Oktober 2012, Khamis
hari ke-3
beranikan diri... terasa nak keluar berjalan2... survey2 dengan recept hotel.. lokasi dan tempat2 menarik harus pergi.. especially transport. Sri lanka sama seperti India, Indonesia dan Thailand..
Tuktuk adalah public transport yang utama... driver2 tuktuk sangat friendly.. tuktuk juga dikenali sebagai three wheeler.. seronok naik tuktuk ni...jalan sorang2 sebab tu xda dalam gambar.. ^_^
mesti diantara uols pernah naik tuktuk.. nasib x baik dpt reckless driver... but no worry.. jarang dengar tuktuk accident.... it's all about trust..
tempat pertama dikunjungi... ho ho *idaman setiap wanita... colombo memang terkenal dengan gemstone, boleh tahan murah.. kalau kat habib jewel.. blue topaz besar biji benih tembikai pun dalam RM5K with white gold.
jalan lagi....
26 Oktober 2012, Jumaat
hari ke-4
ke Galle.. selatan Sri Lanka, pantai yang panjang, bersih dan cantik. Tumpuan para pelancong.. perjalanan dari Colombo ke Galle mengambil masa selama 2 jam.
siap cap jempol lagi..! two thumbs up...??
syyyyyy...alamak??? kaum2 yg menyembah matahari.. hu hu
cuaca sama seperti Malaysia, tapi humidity lebih rendah
hurmmm... tak boleh elak... ter'beli' ter'pesona' dengan warna2 yang striking
uols boleh search unawatuna beach resort untuk reservation
nice place..!
hari ke-5,
27 Oktober 2012, Sabtu waktu SriLanka
kami menyambut Hari Raya Aidiladha di Mesjid berdekatan
alhamdulillah, selesai solat sunat..
hari ini ke Kandy.. apa ada di Kandy? semestinya gajah-gajah...
perjalanan dari Colombo mengambil masa selama 2 jam 1/2.. lama juga.. tapi sepanjang jalan, sentiasa meriah dengan penduduk, rumah dan kedai.
sri lanka adalah pengeluar kacang gajus terbesar di Asia
tak lepas peluang membeli.. pakai kilo lagi
to be continued.... tungguuuuuu
*stop cari idea
ok.. kita sambung cerita
dah sampai.. so 1st-thing-1st is buy ticket.. 2000 SLR = RM50/pax
*mahal deiiikkkk
E.L.E.P.H.A.N.T - Elephant Sri Lanka, Kandy.
gajah pun ada jadual harian.. waktu yang terbaik pelancong datang ialah jam 11am.. boleh tengok gajah dari dekat, ketika ini adalah waktu makan untuk gajah2
sebenarnya kami sedang tahan nafas... bauuuuu
*najis
jinak baby elephant ni
pose manja dari hubby ... aww
ok. uols kat sekolah ada belajar kan?... mesti tahu rempah ratus datang dari negeri mana?
hmmm... ada herbal garden tau
all fresh from pokok
ini pohon kayu manis
terlalu banyak pokok dan pohon rempah ratus
daun pun rasa manis.. *menyesal tak bawa buku untuk catitan
*aiseymen - oh tudungku pun entah apa rupa
ala ala yuna la cekonon kaannnnn
sementara menunggu gajah mandi sungai....kami berdua dapat sesi cream whitening *untuk muka dan urutan kaki secara percuma menggunakan herba2 asli dari pohon dan pokok yg di proses secara semulajadi tanpa bahan kimia
whitening cream - tpi depa tak putih2 pun.. ooppsss
sila abaikan bahagian 6 pack tu ya.. ^_^
banyak ubat ubatan untuk rawatan tradisional menggunakan ramuan asli tanpa bahan kimia
owh.. ter'beli' juga
ok. selesai urut mengurut...
jom sambung tengok gajah. jam menunjukkan pukul 2pm, waktu istimewa untuk pelancong iaitu
elephant bathing
atau
gajah mandi
tuuu diaaaaa...
turun beramai ramai ke sungai.. macam rombongan cik kiah.. tapi ini rombongan cik jah (*cik gajah)
ini lah yang dinamakan 'sekawan gajah'
kalau sapa2 yang suka ber'kawan' tu memang species gajah.. he he he... jangan marah nanti kena jual
so.. ikut kajian, ketika ini lah gajah-gajah ini bermain air sambil berkejar-kejaran dengan pasangan.. hmmm.. sesi gedik santai.. tengok tu ada yang bercumbu-cumbuan
gajah yang agak usia, kira 'otai' lah.. manja.. mandi pun orang tolong gosok kan ..ngada2 tau
macam biasa... harus singgah
hurmmmm .. penat sangat berpoya-poya hari ini
next stop - Noritake (*sebut mcm bahasa baku)
sampai di Colombo, drop di Noritake the best place to buy fine porceline
ce google berapa harga one piece -->> ce teka
to ensure its properly packed, pick and ready to go back.! kena observe depan2. tapi mmg dari tangan proffesional. cepat dan kemas bungkusan nya. balik pun tak kan pecah porcelain dalam kotak tu.
tapi memang serius cantik sangat..! *harta donia
28 Oktober, Ahad
ETD 1.05am waktu SriLankan
ETA 7.30am waktu Malaysia
ok.. we are on the way back home.. at Colombo Airpot
eh..! sapa tu baju biru? ^_^
ok.. sekian..semoga berjumpa lagi..!
Wassalam